Taylor Swift Belikan Rumah Untuk Peminat

Di sebalik dunia glamor serta kemewahan hidup yang di jalani tak kurang 'drama' percintaannya dengan ramai artis lelaki terkenal Hollywood, Taylor Swift juga dikenali kerana kemurahan hatinya.

Baru-baru ini, seorang peminat mendedahkan satu sikap baik penyanyi yang hit dengan lagu Look What You Made Me Do itu yang tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hidupnya.

Peminat yang dikenali sebagai Stephanie itu mendedahkan Taylor telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

"Saya telah memikirkan tentang perkara ini untuk beberapa ketika, akhirnya saya memutuskan untuk memberitahu kamu semua apa yang pernah dilakukan Taylor untuk saya," tuturnya memulakan cerita.

Kata Stephanie, dia teringat kesusahan yang pernah dilaluinya ketika dia hamil, sebelum Taylor membeli rumah untuknya.

"Apa yang orang ramai tidak tahu ialah selama lapan bulan kehamilan saya, saya tiada tempat tinggal. Kami kehilangan segala-galanya. Lebih malang, Matthew juga kehilangan kerjanya, tulis Stephanie di laman sosial Twitter.

Semuanya berubah selepas ibu Stephanie memberitahu Taylor mengenai masalah anaknya. Ketika itu, wanita berkenaan dan anaknya menghadiri konsert Taylor yang berlangsung di Manchester. Dia meminta Taylor melakukan sesuatu yang istimewa untuk anaknya itu pada malam tersebut.

"Sejurus selesai persembahan Taylor membawa kami ke bilik persalinan di mana dia memberitahu saya, 'Stephanie, kamu telah lama ada dalam hidup saya dan kamu tidak pernah meminta apa-apa daripada saya. Saya akan membantu kamu. Ibu kamu telah menceritakannya kepada saya.

"Dia (Taylor) memberitahu saya dia mahu membayar semula wang tiket saya untuk saya pulang. Tetapi apa yang dia lakukan sebenarnya ialah dia membantu kami membeli sebuah rumah dan semua yang saya perlukan untuk bayi saya.

"Dia memberitahu saya, 'Saya mahu anda menikmati hidup dengan anak kamu dan tidak perlu risau tentang semua perkara ini

"Malam itu dia memberikan saya tangannya dan membawa saya keluar dari kesusahan saya. Saya meminati beliau sejak 12 tahun lalu dan sentiasa meminatinya untuk selama-lamanya," sambung Stephanie dengan panjang lebar sambil mengenang kebaikan penyanyi pujaannya itu.

Disamping itu, Stephanie turut berkongsi foto dia bersama Taylor yang sempat dirakamkan ketika di belakang pentas sewaktu berada konsert berkenaan.

Manakala dua lagi foto menunjukkan Stephanie memangku yang sedang menghisap botol susu dan gambar sebuah rumah.

..

Perkongsian Stephanie itu mendapat pelbagai reaksi pengikut d Twitter dan rata-rata memuji kebaikan Taylor yang tahu bagaimana untuk menghargai peminatnya.



Sumber Taylor Swift Belikan Rumah Untuk Peminat

Post a Comment

Previous Post Next Post