Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk SAC Azman Ayob ketika dihubungi Astro AWANI menafikan laporan itu.
Dalam mesejnya Datuk Azman menyatakan maklumat berkaitan kejadian telah ada tetapi berita tangkapan berkenaan tidak tepat.
BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor BahruBeliau sehubungan itu memohon agar semua pihak menghentikan tular liar itu yang boleh mengganggu siasatan.
Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.
Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.
Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sumber Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor