Waris Serah Pada Polis Kesan Individu Sebar Fitnah

Menerusi laporan Utusan online, penyanyi yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted, Waris memfailkan laporan polis terhadap individu yang menggodam laman sosial, Facebooknya dan meninggalkan komen berbaur fitnah baru-baru ini.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

"Saya dah buat repot polis berkaitan fitnah di media sosial, apa-apa tindakan biarlah pihak berkuasa buat siasatan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sebelum ini, Waris dikritik netizen apabila didakwa meninggalkan komen kecaman terhadap peminat muzik tanah air yang dilihat lebih menyokong bakat-bakat baharu seperti Aiman Tino.

Bagaimana pun, Waris telah memuat naik gambar menafikan perkara tersebut dan mengesyaki itu adalah perbuatan fitnah serta khianat daripada individu tidak bertanggungjawab.



Sumber Waris Serah Pada Polis Kesan Individu Sebar Fitnah

Post a Comment

Previous Post Next Post