11 maut serangan pengebom letup diri

KABUL: Sekurang-kurangnya 11 maut dan 25 lagi cedera apabila pengebom bunuh diri meletupkan diri berhampiran penunjuk perasaan dan polis di ibu negara Afghanistan semalam, kata pegawai.

"Kami boleh mengesahkan setakat ini 11 mayat dibawa ke hospital selain 25 yang cedera," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahid Majroh, menambah angka korban mungkin meningkat.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan yang berlaku ketika bantahan susulan kematian seorang pekedai dalam operasi polis yang mensasarkan pengedar alkohol dan dadah. - AFP



Sumber 11 maut serangan pengebom letup diri

Post a Comment

Previous Post Next Post