Facebook adalah medium pemasaran paling murah dan menepati bajet anda terutama kepada usahawan-usahawan kecil di luar sana. Jika kena dengan perancangan dan teknik, sale anda boleh mencecah 3 angka atau 4 angka janji anda mesti rajin untuk explore fb Ads.
Untuk menjimatkan kos pemasaran, anda perlu tahu bagaimana anda hendak lancarkan produk baru atau servis baru dengan kos yang paling minimum. Tetapi mendatangkan sale yang maksimum. Nampak macam susah tetapi sebenarnya mudah jika ada perancangan yang rapi dan betul.
Blueprint ini anda boleh buat dalam masa yang singkat. Ada 5 cara mudah untuk anda roketkan pemasaran anda. Yang penting anda perlu konsisten sehingga berjaya.
#1: Seeding Marketing
Anda perlu bagi gambaran awal kepada prospek tentang produk baru yang hendak dilancarakan. Biarkan prospek tertanya-tanya apakah produk baru yang bakal membuat kejutan itu.
Situasi ini akan mengambil masa yang lama untuk dijalankan. Terpulang kepada anda untuk menentukan tempoh masa. Beri prospek awareness tentang produk yang bakal dilancarkan.
Contohnya, kongsikan tips yang berkaitan dengan servis dan perkhidmatan produk terbaru anda, share testimoni terbaik sebelum dan selepas penggunaan.
Kongsikan juga disebalik pembikinan produk anda, pembaharuan yang dibuat berbanding produk sebelumnya, belanja teaser dan share kesibukan staff tentang lakukan packing produk terbaru. Berikan ;hint’ awal untuk buat pelanggan rasa tidak sabar menantikan produk keluaran anda.
#2: Buzz Marketing
Perkara paling penting untuk memastikan tawaran produk baru yang hendak dilancarkan mendapat sambutan atau tidak anda perlu post copywritting yang lengkap dengan gambar berkaitan tentang produk yang hendak dilancarkan. Letakkan semua info, offer, f.a.b, problem solution, urgency, scarcity dan lain-lain dlm copywriting anda.
Jangan lupa untuk letakkan soalan-soalan seperti pertanyaan seperti yang berminat komen ‘saya nak’, yang nak join komen ‘saya berminat’ dan lain-lain.
Untuk kumpul social proof dan engagement, anda tahan dulu link pembelian, supaya pelanggan tertunggu-tunggu. Tetapi ingat jangan mengambil masa terlalu lama.
#3: Launching Marketing
Peringkat inilah yang menentukan adakah strategi pertama dan strategi kedua anda sebelum ini berjaya atau tidak. Di sinilah anda perlu war-warkan link pembelian kepada pelanggan anda. Caranya anda perlu edit post Buzz Marketing yang sebelum ini, dan masukkan link pembelian anda. Tukar copywriting semula.
Selain itu, anda juga boleh buat satu posting baru jenis share link. Bila org klik gmbr terus bawa ke website atau order form anda.
#4: Update Marketing
Sentiasa update apa-apa perkembangan yang brlaku sepanjang offer produk baru yang dijalankan. Anda boleh update tentang stok anda, kuantiti, timing, suasana, quoata pembelian dn lain-lain. Contohnya ayat seperti tak sampai sejam 100 baju terjual, website crash! 50k pelawat dalam satu masa, hanya tinggal 15 tempat kosong sahaja dan sebagainya.
Ayat-ayat ini anda boleh masukkan pada bahagian headline. Tujuannya, untuk mencambah rasa ‘takut’ kepada pelanggan jika tidak mendapatkan produk terbaru daripada anda dengan segera.
#5: Closing Marketing
Biasanya fasa closing marketing ini boleh meningkatkn lagi jualan anda kerana ianya di anggap ‘pressure button’ kepada pelanggan.
Anda perlu tukarkan headline yang berbentuk urgency tentang masa. Contohnya LAST CALL! Tingggal 24 jam saja lagi, tepat 12.00 am tiada lagi pembelian dan lain lain.
Sumber 5 Cara Marketing Ini Mampu Roketkan Jualan Bisnes Anda Sehingga 270%