5 Cara Untuk Naikkan Sales Dan Tarik Pelanggan Ke Premis Anda

Jualan boleh dinaikkan bila anda kenal produk anda dan juga dengan jelas mengenali target market anda. Bila sudah kenal Insya Allah senanglah untuk anda merangka strategi pemasaran.

Cuba praktikkan tips di bawah. Lihat, perniagaan anda akan berubah menjadi lebih baik dan angka – angka jualn positif mulai ditunjukkan. Berikut beberapa strategi yang anda boleh gunakan.

#1-Dekati Pelanggan

Ciptakan hubungan antara anda dan pelanggan. Buat pelanggan seperti kawan anda. Sentiasa bertanya kepada pelanggan tentang produk dan servis yang dibuat.

Selalulah berhubung dengan pelanggan lama supaya mereka merasa mesra dengan layanan yang kita berikan. Hormati pelanggan, mereka adalah penyumbang utama yang hantar duit ke perniaagaan kita. Pelanggan adalah raja, kata orang lama ini masih relevan untuk perniagaan sekarang.

#2-Iklankan Bisnes Anda

Iklan adalah nyawa kepada bisnes, tanpa iklan mereka tidak mengetahui kewujudan anda. Bagaimana cara beriklan? Paling asas yang selalu diberitahu adalah gunakan banner, flyers dan kad nama.

Sekurang-kurangnya akan mesti mempunyai  lebih daripada 20 banner yang dilekatkan dikawasan startegik berdekatan perniagaan makanan anda.

Selain itu edaran flyers dengan design yang menarik juga membantu pemasaran anda. Anda boleh menggunakan kad nama yang diedarkan setiap majlis katering kahwin sebagai salah satu strategi marketing.

#3-Gunakan Media Online

Untuk menarik pelanggan datang ke premis anda, platform media online sangat cukup penting untuk menghebohkan kepada alam maya bahawa anda mempunyai servis dan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pelaggan seterusnya menambah kepada pendapatan.

Anda pernah dengar Waze? Foursquare? Google Bussines?Ini antara yang boleh digunakan selain dari Facebook dan Instagram. Gunakan semaksimum mungkin fungsi media online ini untuk memberi kesan kepada kewujudan perniagaan.

 #4-Beri Sesuatu Yang Percuma

Siapa sahaja jika ada sesuatu yang diberikan secara percuma secara tidak langsung sel-sel otak berhubung untuk dapatkan tawaran tersebut dengan segera tanpa memikirkan perkara lain.

Strategi berbentuk percuma yang boleh digunakan untuk meningkatkan sales adalah dengan cara tawaran beli satu percuma satu, free refill dan lain-lain. Anda boleh merangka sendiri bagaimana ianya sesuai dengan bisnes anda.

#5-Dengar Komplen

Jadi pendengar setia kepada setiap aduan yang dikemukan oleh pelanggan anda. Jangan cepat melenting tetapi hadam dan ambil tindakan yang sewajarnya. Perkara yang rimas didengar adalah komplen pelanggan. Sebahagian besar komplen yang datang adalah negatif.

Untuk naikkan jualan anda dengar komplen – komplen ini dan atasinya dan sepatutnya berterima kasih keatas pelanggan yang membuat komplen tersebut.



Sumber 5 Cara Untuk Naikkan Sales Dan Tarik Pelanggan Ke Premis Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post