5 Tips Jana Pendapatan Dengan Rumah Anda

Selalunya, jika seseorang itu ingin memulakan sebuah perniagaan, apa yang terlintas di fikirannya adalah dia perlu memiliki sebuah kedai, barangan yang cukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutan dan paling kurang mestilah memiliki modal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Hakikatnya, mana-mana perniagaan pun di dunia ini tidak bermula dengan semalam selesai proses mendaftarkan syarikat, hari ini syarikatnya sudah setanding syarikat gergasi seperti Apple atau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulu mereka juga bermula daripada menjadikan garaj kereta sebagai pusat permulaan operasi.

Anda boleh jana pendapatan dengan rumah anda jika tahu caranya. Di sini Tim Majalah Niaga akan kongsikan 5 tips jana pendapatan dengan rumah anda.

#1-Penjaga Kanak-Kanak

Semakin ramai ibu bapa keluar bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi kepada anda yang bergelar suri rumah, jadikan rumah anda lubuk membuat duit dengan menjaga anak-anak jiran di sekitarnya.

Anda mungkin seorang yang suka kepada kanak kanak. Anda mempunyai anak dan idea menjaga beberapa orang kanak-kanak mungkin sesuatu yang anda boleh lakukan. Keperluan penjagaan anak terus meningkat di negara ini.

Ramai orang lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah sendiri semasa mereka di tempat kerja. Dan ini adalah perniagaan yang boleh dijalankan serta merta. Zaman sekarang jaga bayi di bandar pun seorang mencecah RM500 sebulan.

#2-Sewakan Bilik

Daripada biarkan bilik di rumah anda kosong baik anda penuhkan dengan sewakan untuk dapatkan duit sampingan.

Lambakan web yang menyediakan perkhidmatan iklankan servis anda memudahkan bisnes kecil-kecilan anda untuk mempromosikan bilik untuk disewa. Gunakan sahaja kemudahan web mudah.com dan aplikasi Airbnb.

Anda boleh mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk menarik orang menyewa bilik anda untuk hujung minggu. Katakanlah anda boleh menyewa bilik untuk RM150 satu malam setiap hujung minggu. 52 minggu setahun x RM150 = RM7, 800 jika satu malam setiap minggu. Cuba kira jika anda sewakan 2 – 3 hari seminggu?

Yang penting harga sewa anda mesti murah daripada hotel. Janji bilik yang ingin disewakan itu kemas, bersih dan cantik. Jika servis anda tip top, anda akan dapat promosi secara percuma dari mulut ke mulut.

#3-Jaga Haiwan Peliharaan

Manusia dan haiwan peliharaan memang tidak dapat dipisahkan. Di Amerika Syarikat, penduduk di negara itu sanggup mengeluarkan kos untuk menjaga binatang kesayangan mereka.

Anda boleh buat duit dengan mudah jika anda juga pengemar haiwan peliharaan. Bisnes ini sangat diperlukan ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Anggaran keuntungan yang boleh anda perolehi adalah antara RM30-RM50 untuk satu malam. Jika seekor kucing dalam 5 malam, dah berapa anda dapat? Menarik bukan!

#4-Adakan Jualan Garaj

Anda boleh mula memunggah barangan yang jarang atau tidak digunakan lagi untuk dijual kepada jiran-jiran di sekitar kawasan anda. Asingkan barang mengikut katogeri dan bersedia menjual di waktu petang ketika jiran-jiran baru pulang dari tempat kerja atau mengambil anak sekolah.

Jika anda rajin, selitkan sekali jualan makanan seperti kek, roti atau makanan petang yang lain. Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air.

#5- Sewakan Store

BANGI 15 AUGUST 2016. Antara koleksi dan barang yang ada dijual di Phase 2 Pre – Owned di Sekyen 7 Bandar Baru Bangi. NSTP/ROSELA ISMAIL

Jika anda tinggal di rumah landed anda boleh bina sebuah store untuk disewakan oleh mana-mana company untuk tujuan penyimpanan barang-barang.

Boleh juga disewakan kepada mana-mana tukang urut yang ingin jadikan store anda sebagai premis bisnes mereka. Harga sewaan dalam sebulan mungkin boleh capai diantara 300 – 700 sebulan. Boleh buat duit tambah sewa rumah anda.

Anda juga boleh sewakan store ini sebagai kelas mengaji, atau kelas tuittion bagi kawasan setempat. Juga kelas usrah dikalangan jiran-jiran tetangga. Jangan biarkan store anda dipenuhi habuk sahaja tapi gunakan sebaiknya.



Sumber 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Rumah Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post