Kevin O’Leary adalah pengasas sebuah syarikat pengurusan dana yang mempunyai jumlah melebihi $1 bilion. Beliau juga sangat popular dengan sifat ego dan hanya pentingkan duit sahaja.
Dibawah ini beliau telah menyenaraikan beberapa kaedah untuk dijadikan tips bagi mereka yang hendak memulakan bisnes.
Jika kita lihat 7 perkara yang Kevin O’Leary kongsikan ini, majoritinya terlalu keras, kasar dan memberikan tekanan pada pekerja.
Dari perspektif yang lain, ini adalah cara syarikat yang berkembang secara konsisten. Mereka perlukan pekerja yang cemerlang, disiplin dan mampu memberikan hasil lebih daripada yang diharapkan.
#1-Pekerja Adalah Aset Utama
Pekerja merupakan aset utama syarikat. Pendekatan komunikasi dua hala kerana ia lebih memudahkan untuk anda untuk memahami mereka.
Segala pandangan pekerja akan diambil kira dan diteliti. Sebagai menghargai jasa pekerja, setiap tahun anda boleh membawa para pekerja bercuti atau mengadakan majlis tahunan demi memberikan kegembiraan mereka bekerja satu pasukan dengan anda.
#2- Pelanggan Adalah Prioriti.
Kita mempunyai bisnes kerana kita mempunyai pelanggan. “ALWAYS, always, remember that the customer leads and the customer is ‘king’.”
Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. Peniaga kat luar sana, tak kiralah online ke, ada kedai ke, kecik atau besar, anda mesti sudah terjumpa pelbagai jenis ragam pelanggan, betul tak?
Ada yang senang dibawa berbincang, cerewet dan ada yang pilih barang bagai nak rak, tetapi tak jadi beli. Itu lumrah anda sebagai peniaga.
#3-Cara Anda Memberikan Servis.
Cara anda berurusan dengan pelanggan menentukan nilai bisnes kita samada berkembang atau merosot. Jika servis anda pada pelanggan tidak memuaskan, mereka akan komplen dan akan mempengaruhi pelanggan yang lain. Anda harus guna cara yang bijak untuk memenangi hati mereka tanpa merugikan perniagaan anda.
#4-Kayakan Salesman Dalam Syarikat Anda.
Salesman biasanya lebih tahu tentang pesaing, produk dan operasi bisnes anda secara keseluruhan. Apabila anda kayakan salesman, syarikat anda pun cepat jadi kaya raya. Salesman bertugas masukkan duit pelanggan ke dalam akaun syarikat.
#5-Semua Orang Boleh Digantikan.
Apa sahaja yang kita buat, pasti akan ada orang lain yang boleh buat lebih hebat. Jangan takut untuk tukar gantikan pekerja. Tetapi menjadi satu kelebihan jika mampu pertahankan pekerja yang ada dalam satu jangka masa panjang.
Tetapi jika pekerja kita tidak boleh bantu bisnes buat duit, cari pekerja lain. Jangan ambil pekerja yang tidak membantu meningkatkan produktiviti bisnes.
#6-Bisnes Adalah Satu Peperangan.
Apabila berperang, jangan sesekali pandang rendah pada pesaing. Pastikan kita tahu apa yang mereka buat dan bakal buat. Bak kata Sun Tzu, “In peace, prepare for war.”
Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,“sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih”
Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.
Lihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.
#7-Cara Pemilihan Staf
Ada empat cara yang biasa digunakan oleh Kevin dalam pemilihan staff syarikatnya. Pertama, pandai bertindak apabila terima arahan. Kedua bantu syarikat capai matlamat. Ketiga tahu apa yang mereka buat iaitu berkaitan skop kerja. Keempat berani tawarkan diri dan yakin boleh bantu syarikat untuk capai matlamat yang ditetapkan setiap tahun.
Sumber 7 Cara Kembangkan Bisnes. Nasihat Kevin O’Leary,Pengasas Syarikat 1 Bilion USD