Jangan mulakan perniagaan jika menganggap ianya sebagai salah satu tren terkini dan dapat memberi pulangan wang yang lumayan jika dikomersialkan.
Tetapi anda perlu mula membangunkan satu konsep idea perniagaan yang anda minati dan mempunyai pengalaman terhadapnya. Ini memudahkan kerja anda, kerana anda sudah memiliki ilmu dan idea bagaimana hendak komersialkannya.
Adakah anda tak pasti atau masih ‘blur‘ apa langkah-langkah awal yang perlu dilakukan untuk mulakan bisnes anda? Di sini Tim Majalah Niaga kongsikan apa yang perlu dilakukan pada peringkat pertama bisnes langkah demi langkah secara basic.
#1-Tentukan Bisnes Anda
Tahu apa yang ingin anda jual. Produk atau servis? Jual produk sendiri atau produk orang lain? Tentukan dimana produk atau servis itu akan dipasarkan.
Ini penting untuk memudahkan proses mengenal pasti target market dan spesifik pelanggan kita. Jika melibatkan produk, pakejing yang bagus harus dititik beratkan selain dari produk itu sendiri. Cari designer jika mampu.
#2-Pilih Nama Syarikat.
Cari nama yang ada ‘commercial value‘. Mudah dibaca dan mudah diingati. Lihat syarikat gergasi Ali Baba. pemilihan nama yang senang dan mudah untuk orang ingat. Tentukan juga jenis syarikat yang nak dibuka sama ada Sole Prop , PLT atau Sdn Bhd. Buka ikut kemampuan dan tujuan.
Cari nama brand dan buat logo. Kalau ada budget, mohon trade mark terus dengan MyIPO. Isi borang TM5, kos lebih kurang RM350.
#3-Daftar Syarikat Dengan SSM.
Penting untuk anda daftarkan syarikat anda supaya tiada timbul masalah dikemudian hari. Yuran pendaftaran hanyalah lebih kurang RM100 untuk Enterprise dan lebih kurang RM3,000 untuk Sdn Bhd. Nak daftar Sdn Bhd kena berurusan dengan Setiausaha Syarikat.
Buka akaun facebook, instagram, install whatsapp dan lain-lain. Jika pandai buat website atau blog, silakan buat. Gunakan sebaiknya kebaikaan media sosial dalam merencanakan jualan bisnes anda.
#4-Promosi Yang Berkualiti.
Pemilihan gambar mesti jelas dan cantik. Post iklan produk atau servis yang ditawarkan serta logo dalam facebook 10 kali sehari selama 3 bulan. Konten dan headline mesti catchy.
Persembahkan nilai dengan betul. Lagi banyak friendlist lagi bagus. Nak lagi advance, buat iklan facebook berbayar terus. Buat Fanpage. Boleh juga post ke group whatsapp, instagram, twitter, wechat dan lain-lain lagi.
#5-Mula Menjual.
Anda harus ingat, memasar dan menjual adalah dua ilmu yang berbeza. Kuasai kedua-duanya. Kenalpasti siapa dan platform apakah yang kita akan gunakan untuk pasarkan produk atau servis kita.
Kenalpasti channel. Next step adalah besarkan channel yang sesuai dan berkualiti. Perletakan harga produk juga amat penting. Pada fasa ini kena tentukan berapa layer peringkat pengedaran yang kita nak gunakan.
Contoh:
Pengeluar – Stokis – Pengedar – Ejen – Pelanggan
Pengeluar – Stokis – Ejen – Pelanggan
Pengeluar – Stokis – Pelanggan
Pengeluar – Pelanggan
Pemilihan peringkat pengedaran sangat penting dalam perletakan harga produk dan juga margin keuntungan. Tentukan peringkat pengedaran yang nak digunakan.
#6-Customer Service
Salah satu platform dalam penambahbaikan produk dan perkhidmatan anda. Perhatikan teknik pemasaran dan jualan yang macam mana paling mendatangkan hasil yang paling maksimum.
Upgrade ilmu pengurusan syarikat, ilmu pemasaran, ilmu kewangan dan juga upgrade produk dari segi pengiktirafan. Contoh : untuk produk makanan, dapatkan sijil halal.
#7-Buka Akaun Semasa
Jika anda ada modal antara RM1,000 – RM2,500 bukalah buka akaun syarikat dan ambil cek. aktifkan akaun syarikat dengan membuat urusan pembelian dan pembayaran mengunakan saluran syarikat.
Semua urusniaga perlu dicatatkan dan direkodkan. Paling penting adalah catat berapa RM masuk dan berapa RM keluar. Simpan semua resit, voucher, bukti pembelian atau jualan.
Tentukan gaji pemilik dan pekerja. Asingkan penggunaan wang peribadi dengan wang syarikat. Wajib tahu perbelanjaan tetap bulanan seperti gaji, sewa, bil elektrik, air agar kita tahu dan dapat plan target pendapatan.
Sumber 7 Panduan Kepada Anda Yang Baru Nak Mula Buat Bisnes