Alexis Sanchez sarung jersi nombor 7 Manchester United

LONDON: Spekulasi perpindahan Alexis Sanchez terjawab selepas Manchester United mengumumkan pemain itu sah menjadi miliknya dalam perjanjian pertukaran pemain dengan Arsenal membabitkan pemain tengah Henrikh Mkhitaryan.

Pemain antarabangsa Chile yang berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun setengah bernilai £14 juta setahun (selepas cukai).

Menurut Sanchez, peluang untuk bermain di stadium yang bersejarah dan bekerjasama dengan Jose Mourinho adalah sesuatu yang sukar ditolak.

“Saya bangga apabila menjadi pemain Chile pertama yang bermain dalam pasukan utama Manchester United dan berharap dapat menunjukkan kepada semua penyokong kami di seluruh dunia mengapa kelab ini (United) mahu membawa saya ke sini,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Manchester United di sini, hari ini.

Sanchez akan menggunakan jersi nombor tujuh ketika bersama Manchester United musim ini.



Sumber Alexis Sanchez sarung jersi nombor 7 Manchester United

Post a Comment

Previous Post Next Post