Gambar perbandingan ini mula membanjiri Twitter. (Gambar: Feliciaday)
Dengan antaramuka ('user interface') yang ringkas dan padat, anda mampu melihat pelbagai jenis muzium di seluruh dunia menggunakan telefon pintar.
Hasil seni, lukisan lama, sejarah tamadun, budaya dan semua elemen itu dimasukkan ke dalam aplikasi ini.
Anda hanya perlu membuat carian bahan sejarah dikehendaki atau hanya pilih gambar atau topik disediakan di ‘timeline’ aplikasi ini.
Namun, satu hakikat mengenai topik kesenian ini, ianya bukanlah untuk semua golongan. Hanya yang berminat dengan sejarah dan hasil seni saja yang mungkin memasang aplikasi daripada Google ini.
Mungkin disebabkan masalah berkenaan jugalah, Google melancarkan satu fungsi baru yang memfokuskan kepada penggunaan swafoto!
TWITTER DIPENUHI GAMBAR GOOGLE ARTS AND CULTURE
Torn between which one I think is better likeness with the Google Arts and Culture app. http://pic.twitter.com/uSw8RmOip8
— Felicia Day (@feliciaday) January 13, 2018
Hasilnya? Media sosial Twitter kini dibanjiri dengan gambar netizen yang memuat naik imej hasil daripada fungsi terbaru itu.
Jadi apakah fungsinya? Google Arts and Culture kini membolehkan pengguna telefon pintar membuat padanan imej swafoto mereka dengan hasil lukisan yang dipamerkan di muzium.
Anda mungkin menemui kembar anda di muzium menggunakan aplikasi ini.
Sebenarnya, aplikasi ini menggunakan teknologi pengecaman wajah menggunakan pembelajaran mesin. Teknologi ini sudah lama diterapkan oleh Google menerusi pengecaman objek dan lokasi tumpuan beberapa tahun lalu.
Oleh itu, gabungan kamera dengan pengecaman wajah dalam aplikasi ini membawa fungsi berswafoto ke tahap lebih tinggi!
Mungkin dengan bermula berswafoto menggunakan aplikasi ini, anda akan meminati seni dan sejarah?
FUNGSI TERHAD DI BEBERAPA NEGARA SAJA
Sebelum anda memuat turun atau mengemas kini aplikasi ini, fungsi swafoto terbaru ini agak terhad di beberapa negara sahaja.
Namun, kekangan itu dapat diselesaikan jika anda memuat turun aplikasi VPN. Buat tetapan ('setting) kepada Amerika Syarikat dan anda boleh mula menggunakan Google Arts and Culture.
Jika anda mahu tahu siapakah kembar anda di muzium, boleh klik pautan ini untuk memuat turun aplikasi Turbo VPN dan Google Arts and Culture untuk pengguna Android manakala Google Arts and Culture untuk pengguna iOS.
THIS GOOGLE ART APP IS SO FUNNY WHY THEY GOTTA DO LOUIS LIKE THAT http://pic.twitter.com/5nctFzSSeI
— Ausley Styles. (@Ausley_Styles) January 16, 2018
Sumber Anda Mungkin Jumpa Kembar Sendiri Jika Swafoto Guna Aplikasi Ini