Kita seharusnya mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membersihkan diri dari kotoran. Tetapi, ada juga dalam kalangan kita yang tidak suka atau malas untuk mandi kerana mereka fikir mandi bukanlah perkara penting dalam hidup mereka.
BACA: Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai
Seorang lelaki dari Taipei, Taiwan tekad untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu terlalu malas mandi dan dikatakan hanya mandi sekali sahaja dalam masa setahun sejak mereka berkahwin.
Isterinya mengambil masa selama enam jam untuk membersihkan diri kerana badannya terlalu kotor akibat tidak mandi selama setahun.
Disebabkan itu, mereka tidak lagi membuat hubungan intim dan membatalkan niat untuk memiliki anak.
Bukan itu saja, isterinya juga memaksa lelaki itu berhenti kerja dan menjaga bapanya yang sedang sakit. Malah, mereka terpaksa bergantung hidup dengan ibu mertuanya kerana tiada sumber kewangan tetap.
Sebelum kahwin, lelaki itu memberitahu isterinya mandi sekali seminggu tetapi keadaan menjadi lebih teruk selepas mereka berkahwin.
Pada 2015, si suami keluar dari rumah dan bekerja di Hsinchu, utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya tetapi berjaya dihidu oleh wanita itu dan terus memaksanya berhenti kerja serta pulang ke rumah.
Berikutan itu, lelaki itu nekad untuk memfailkan cerai terhadap isterinya selepas 10 tahun mereka berkahwin.
Jagalah kebersihan diri dengan elok dan rajinkan diri untuk mandi jika anda tak mahu kehilangan pasangan anda.
ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram