
KOTA BHARU: Domino's Pizza menganjurkan 'Jalan-jalan Cari 100 Pizza' dengan memberikan 100 piza secara percuma kepada pengunjung terawal.
Pengurus Besar Kanan Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree, berkata agihan piza percuma itu adalah lokasi yang ke 13 bagi cawangan terpilih di seluruh Semenanjung yang diadakan bermula 13 Januari hingga 3 Februari akan datang.
Katanya, selain pemberian piza percuma di Domino's Pizza cawangan Pengkalan Chepa, pihaknya juga memberi piza percuma di cawangan Kuala Terengganu dan esok dibuat Domino's Pizza Kubang Kerian.
"Pemberian piza percuma diadakan selama sejam bermula jam 3 hingga petang. Bagaimanapun, orang ramai mula beratur untuk mendapatkan piza percuma ini seawal jam 2 petang walaupun agihan bermula pada 3 petang," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Shamsul berkata, pihaknya juga mahu memperkenalkan dua menu baru iaitu Cheesy Four dan Cheese Tarik Crust.
Katanya, program Jalan Jalan Cari 100 Piza adalah usaha Domino's untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan berterusan.
Sementara itu, pengunjung terawal, Kamariah Mohd Hussin,50, berkata, dia datang seawal jam 2 petang kerana tidak mahu beratur panjang.Katanya, dia mengetahui mengenai pemberian piza percuma melalui hebahan radio beberapa hari lalu.
"Saya datang bersama beberapa ahli keluarga dari Pasir Puteh ke Kota Bharu kerana mempunyai urusan dan terus singgah untuk mendapatkan piza percuma.
"Kami sekeluarga memang penggemar piza dan boleh dikatakan setiap hari akan dinikmati meskipun sekadar roti pizza yang dibeli di kedai roti.
"Dengan program yang dianjurkan seperti ini memberi peluang kepada penggemar piza yang lain bukan sahaja mendapatkan piza percuma tapi juga mencuba menu yang baharu," katanya.
Sumber Domino's Pizza agih 100 piza percuma