Ketua Pegawai Permainan Video Fnatic (CGO) Patrik Sättermon memulakan kenyataannya dengan permohonan maaf dan meluahkan rasa kekesalan pihaknya.
“Kami kesal dengan tindakan kami baru-baru ini yang mengecewakan Ohaiyo dan peminat kami.
“Masa untuk proses pertukaran bertambah rumit berikutan pertindihan pendaftaran Dota Pro Circuit baru-baru ini dan pusingan kelayakan kejohanan ‘major’,” katanya menerusi blog rasmi pasukan itu pada Rabu.
BACA: Dota 2: Tindakan Fnatic memang kejam dan menyedihkan - OhaiyoSättermon menjelaskan pemain yang menggantikan Ohaiyo iaitu Saahil Arora (Universe), meninggalkan pasukan lamanya Evil Geniuses secara rasmi pada 13 Januari dan hanya boleh mewakili Fnatic selepas tarikh itu.
Beliau juga berkata Ohaiyo masih akan menerima gajinya berikutan lebihan baki kontrak sedia ada dengan Fnatic dan akan diberikan ganjaran kemenangan dalam kejohanan ESL One Katowice.
“Ohaiyo juga diberikan kebebasan untuk mencari peluang di pasukan lain dan kami akan berikan yang terbaik untuk membantunya,” tambah Sättermon.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata Fnatic menghargai kesetiaan Ohaiyo terhadap pasukan itu.
“Kami hargai dan bersyukur dengan usaha dan dedikasi Ohaiyo dalam perkhidmatannya bersama pasukan ini, terutama pada awal penglibatan kami di peringkat Asia Tenggara.”
Walau bagaimanapun, Sättermon berkata Fnatic yang mahu menjadi pasukan yang kompetitif di peringkat antarbangsa pada jangka masa yang panjang.
Sejak 2015, Ohaiyo merupakan antara tonggak utama Fnatic selepas pasukan itu membuat kemunculan semula dalam arena e-sukan.
Antara sumbangan terbesar Ohaiyo bersama Fnatic adalah ketika pasukan tersebut mendapat tempat keempat kejohanan terbesar dunia Dota 2, The International 2016 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5.7 juta.
Sumber Dota 2: Fnatic kesal situasi pertukaran Ohaiyo