KUALA LUMPUR, 7 Jan — Dua kali majlis perkahwinan tertunda, pelakon Idris Khan mengakui belum mempunyai tarikh baharu hari bahagia.
Idris, 30, berkata majlis perkahwinannya bersama Sanaa Jeljalane pada 20 Januari ini tidak dapat diteruskan kerana bakal kakak iparnya bersalin semalam.
“Bakal kakak ipar saya ini sangat rapat dengan Sanaa. Kalau boleh pada majlis nikah kami, dia mahu kakak dia ada.
“Disebabkan itu, dia minta majlis perkahwinan kami ditunda. Saya tiada masalah dan menghormati permintaan bakal isteri.
“Sebelum orang lain mula bertanya dan menimbulkan persoalan, lebih baik saya beritahu dahulu,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon drama “Duda Terlajak Laris” dijadual mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu namun berdepan dengan masalah dokumentasi.
Sanaa, 27, merupakan gadis Maghribi dan persiapan perkahwinan mereka dilaporkan sudah 70 peratus siap.
Idris berkata majlis perkahwinanya nanti menggabungkan tradisi dua budaya yang akan diadakan dalam satu majlis tunggal.
Sumber Dua kali tangguh, Idris Khan belum ada tarikh kahwin