Dua motor datang himpit, keluarkan pistol...

Hampir enam kali menjadi sasaran penembak, itulah pengalaman getir dan cemas yang dihadapi Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi sepanjang perjalanan beliau memikul tugas dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Beliau yang juga merupakan Ketua Unit Khas PPIM berkata, namun beliau bersyukur kerana terselamat daripada sasaran berkenaan.

"Enam kali saya ditembak sepanjang 2013, ada juga tercedera itu biasalah bila bertemu ah long itu.

"Alhamdulillah ALLAH selamatkan saya," katanya kepada Sinar Online ketika program Live Sinar hari ini.

Dalam pada itu katanya, ada sesuatu kisah 'ajaib' yang pernah berlaku kepadanya.

"Cerita ini disampaikan isteri saya, katanya dia tak nampak kelibat saya dalam kereta, waktu itu isteri saya lihat saya dari tingkat dua atas rumah.

"Dan nak dijadikan cerita ketika dalam perjalanan saya terlihat dua penunggang motosikal yang sudah buat keluar pistol menghampiri kereta Persona saya, saya pandang mereka tapi seolah-olah mereka tak nampak saya," katanya.

Berbicara lanjut katanya, kejadian ini bukan kerana beliau sebaliknya kerana ALLAH yang telah menyelelamatkannya.



Sumber Dua motor datang himpit, keluarkan pistol...

Post a Comment

Previous Post Next Post