Gambar dan video macam mana nak buat donat gemuk dan gebu tanpa perlu menguli

Kalau cerita pasal donat, dah terbayang kelembutannya, gebunya adunan donat tersebut tapi banyak resepi yang dikongsi memerlukan adunan donat itu diuli.  Jenuh lama menguli tepung tapi belum tentu lagi lembut.

Gambar dan video macam mana nak buat donat gemuk dan gebu tanpa perlu menguli

Gambar dan video macam mana nak buat donat gemuk dan gebu tanpa perlu menguli

Jadi macam mana nak buat donat yang gemuk gebu, lembut tapi tanpa uli.  Sangat mudah, boleh lihat resepi dan cara-cara seperti dibawah.  Hidang pula dengan air teh o panas, amboi sedap sangat!

RESEPI DONUT GEBU TANPA DIULI 

Posted by Resepi masakan malayu on 2hb Disember 2017

Bahan-bahan (yis)

  • ½ paket yis segera (kering)
  • 1 ½ sb susu pekat manis
  • ½ cawan air suam panas (100ml)
  • 1sb gula pasir
Cara-cara:
Campur semua bahan kat atas dalam cawan dan biar 10-15 minit sampai yis kembang berbuih

Bahan-bahan (kering)

  • 2 cawan tepung gandum (200gram)
  • 1 sb marjerin cair/minyak masak/olive oil
  • 1sk baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara:
Campur kesemua bahan kering dan ramas sedikit.

Masukkan campuran yis yang sudah kembang (masuk sedikit-sedikit sambil gaul rata).

 
Langkah no. 2 akan menyebabkan adunan sedikit lembik, diingatkan jangan tambah tepung (nanti tak gebu).
Tutup bekas adunan dengan kain dan perap selama satu jam.

Selepas satu jam, doh akan mengembang (segera tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin).

Canai doh setebal 1 inci diatas dulang dan tekapkan bersama acuan pilihan (bentuk bulat).

Selepas selesai proses tekap, rehatkan doh selama 30 minit lagi untuk doh mengembang (pastikan jarak tekapan acuan, nanti doh melekat sesama sendiri).

Proses menggoreng dimulakan! Guna api sederhana sahaja ya.

Selesai goreng, gaul/golek donat yang siap digoreng bersama gula pasir atau kastor (buat masa donat masih panas).

 

 

 

 

 

 



Sumber Gambar dan video macam mana nak buat donat gemuk dan gebu tanpa perlu menguli

Post a Comment

Previous Post Next Post