Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan oleh Fathia menerusi satu kenyataan di IGnya semalam.
Menurut Fathia, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap Iqram dan perkara yang berlaku itu hanyalah salah faham.
BACA: "Bunuh diri tu haram, akal kat mana?" - Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff?
BACA: "Tak ada scene bunuh diri ke?" - Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri?
Permohonan maaf Fathia itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut IGnya tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.
Antara komen yang diterima adalah:
“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” -@beaufe_agent
“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” -@muhammadarifalias
Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.
Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.
Foto: Instagram @fatiyalatiff
Sumber "Hanya salah faham, tak ada niat buruk" - Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly