"Apabila orang bertanya, itu tandanya mereka prihatin.
"Sejauh mana kita di dalam industri ini pun, mereka juga yang mendoakan kita supaya kekal bahagia," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui pada sesi rakaman program Tahfiz Muda 2, semalam.
Bukan itu sahaja, selebriti berusia 24 tahun ini turut meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kenyataannya.
"Saya tak kisah orang nak bertanya.
"Tapi, saya harap orang respect dengan setiap jawapan yang saya berikan dan bukannya dengan membuat andaian sendiri," katanya.
Pada masa sama, Elfira mengakui sikapnya yang terlalu menjaga privasi menghalangnya untuk terus bercerita mengenai hubungan mereka.
"Keluarga saya is too private dan saya pun selalu menjaga privasi saya, jarang saya share mengenai hal peribadi.
"Tapi, sebabkan akhirnya saya berjumpa dengan seseorang yang juga berada di dalam industri, dah tentu saya terpaksa juga berkongsi.
"Saya harap, cukuplah sekadar saya share sebahagian journey hubungan kami seperti merisik dan bertunang dan bukannya mengenai hal perkahwinan," katanya.
Ini kerana, katanya, perkahwinan membawa suatu fasa yang berbeza selain turut membabitkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Apabila bercakap mengenai soal kahwin, ia bukan antara saya dan tunang. It's between our family.
"Jadi, bila talk about family, susah sikit untuk saya ceritakan. It's very sensitif. Kadang-kadang, apa yang kita cakap mungkin boleh effect terhadap sesuatu keputusan.
"Dan... kami tak nak benda itu terjadi. That's why, kami ambil pendekatan tak payah bercerita dan hanya serah pada ALLAH SWT, " katanya.
Terdahulu, Elfira mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular, Sufian Suhaimi, 26, pada Oktober lalu, selepas lapan bulan bercinta.
Dalam majlis itu, pasangan ini bersepakat untuk mendirikan rumah tangga pada Mac nanti.
Sumber Jangan buat andaian sendiri: Elfira Loy