Juruteknik pergigian ditemui mati di kuarters klinik

PORT DICKSON: Misteri ketidakhadiran jurutektik pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson, terungkai apabila dia temui mati di rumahnya di tingkat empat kuarters kakitangan klinik tersebut di Lukut, Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mangsa, Mahussin Rahim, 28 tahun ditemui rakannya kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dipercayai meninggal dunia lebih daripada 72 jam lalu sebelum menghubungi pihak polis.

Beberapa kakitangan di klinik berkenaan hairan selepas Mahussin tidak hadir ke tempat kerja selain gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.

Ekoran itu, rakannya bertindak ke kuarters berkenaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas tilam di bilik tidurnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan di rumah mendapati, barangan peribadi mangsa termasuk beg duit, telefon bimbit dan kunci kereta telah tiada selain motorsikal yang diparkir di bawah kuaters berkenaan termasuk topi keledar juga hilang.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Tambah zainudin, buat ketika ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.



Sumber Juruteknik pergigian ditemui mati di kuarters klinik

Post a Comment

Previous Post Next Post