Kahwin muda, jodoh tak panjang pastu buat thread burukkan bekas pasangan dah jadi trend

Tidak salah kahwin muda, namun pasangan muda ini perlulah matang dalam menjaga hubungan mereka. Jangan disebabkan salahfaham kecil menyebabkan salah seorang bertindak di luar batasan yang akhirnya mengaibkan pasangan sendiri di media sosial. 
Tidak dinafikan kebanjiran confessions rumah tangga ini menyebabkan ada segelintir golongan muda yang fobia dan bimbang jika mereka berkahwin di usia muda juga akan mengalami pengalaman 'negatif' itu. Namun, trend memburukkan pasangan atau mempergunakan 'pengalaman kahwin' masa silam sebagai modal untuk berniaga. Baca teguran dari wanita ini, semoga bermanfaat. 
DUA trend kahwin sekarang: 
  1. Kahwin muda, jodoh tak panjang sebab pasangan 'pemalas'. Selepas itu buat thread burukkan bekas suami bagi students baca. 
  2. Kahwin muda selepas SPM, lepas itu buat thread dan promo IG bisnes. 

People, marriage is sacred. Don't thread it on social media. Kahwin muda itu tidak salah, cuma tak ada orang tua nak beritahu kalau kahwin 'tujuan kahwin pun tak tahu', kes itu lepas sedap-sedap tak tahu buat apa dah. 
Kursus kahwin sembang p****, bukan sembang tentang hala tuju perkahwinan. Sebab itu atas apa tujuan pun, orang tua kahwin dulu bukan kerana cinta tetapi amanah. Sebab itu tak kenal pun, orang tua sebelum 'pergi' dulu suruh anak deme menikah. Asalkan lepas tanggungjawab bagi pihak perempuan dan mematangkan anak deme bagi pihak lelaki. 
Sekarang banyak kahwin atas dasar cinta. Cinta melibatkan hati, hati ini pula Allah kata nak ada Dia saja. Selain dari Dia, maka Dia akan tarik ataupun lenyapkan. Kalau kau bawa masuk bini dalam hati pun Allah marah. 
Orang putih boleh kahwin atas dasar cinta sebab diorang tak tahu dan mereka bukan Islam. Jika yang Islam walaupun orang putih, pasti Allah buat tunggang terbalik juga. 
Akhir kata, ramai dah orang tua tak ambil berat pada anak muda. Anak muda ini perlu dibimbing. Menikah muda tak salah, cumanya kena banyak bergantung pada Allah baru Allah boleh hantar hambaNya yang tepat untuk membantu anda. Sekian. 


Sumber Kahwin muda, jodoh tak panjang pastu buat thread burukkan bekas pasangan dah jadi trend

Post a Comment

Previous Post Next Post