Kastam KLIA tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai RM1 juta ke negara ini dalam dua kes berasingan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan klia2 baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Thulosy berkata dalam kes pertama pada 4 Januari, pegawainya di KLIA menahan dua wanita warga India yang baru tiba dari Chennai.

Kedua-dua suspek, yang juga merupakan adik-beradik berusia 30 dan 31 tahun, didapati menyorokkan dadah seberat 10.5 kilogram di dalam bekas bedak dianggar bernilai RM735,000.

Pada 11 Januari pula, seorang lelaki yang tiba di klia2 dari Thirucirapally, India ditahan bersama dadah seberat 5.2 kilogram bernilai RM364,000 yang disorokkan ke dalam alat peralatan dapur.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Kesemua suspek ini berkemungkinan keldai yang beroperasi bersama sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menangani penyeludupdan dadah ke Malaysia dengan lebih berkesan, kerana kalau sekadar menangkap keldai ini, ia tidak akan menyelesaikan masalah," ujar Subromaniam.

Sementara itu, Subromaniam memaklumkan, JKDM KLIA juga berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup 1,020 dolar Taiwan bernilai RM136,504 yang disembunyikan dalam anak patung beruang, semalam.



Sumber Kastam KLIA tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post