Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan aksi membanggakan apabila mula mengasak dari awal perlawanan untuk mendapatkan gol pendahuluan.
Usaha itu berhasil pada minit ke-28 apabila Mohammad Daniel berjaya menjaringkan gol yang dicari melalui satu rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Arab Saudi, Amin Al Bukhari.Asakan berterusan Arab Saudi untuk mencari gol bagaimanapun menemui jalan buntu, sebaliknya Hamdan Al Shamrani pula dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas mengasari pemain Malaysia.
Gol tunggal itu sudah lebih dari memadai untuk mengesahkan tempat Malaysia dalam kalangan lapan terbaik Asia, dengan berada di tempat kedua kumpulan C di belakang Iraq, yang turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jordan.
Sumber Kejohanan AFC B23: Malaysia layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah
Tags:
Sukan AA+