Kes ditimpa kerusi: Sekeluarga dibawa beri keterangan

Polis telah membawa beberapa suspek ke balai untuk memberi keterangan susulan kes kematian seorang remaja akibat ditimpa kerusi yang dipercayai dibaling dari tingkat 21 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, malam semalam.

Sumber berkata, suspek-suspek berkenaan merupakan sekeluarga yang tinggal di salah sebuah unit di blok berkenaan yang juga jiran kepada nenek mangsa.

Menurutnya, keterangan diambil susulan maklumat daripada ahli keluarga mangsa yang pernah melihat kerusi berkenaan berada di luar unit rumah berkenaan.

Satiswaran, 15 meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam semalam akibat cedera teruk dibahagian kepala, ditimpa kerusi pejabat yang dibaling dari atas.

Mendiang ketika itu bersama ibunya pulang dari kedai melalui kawasan bawah blok.

Dalam pada itu, urusan membawa balik mayat mendiang ke rumah ditingkat 16 malam tadi terganggu akibat kerosakan lif di blok berkenaan.

Bagaimanapun keadaan kembali pulih selepas beberapa jam menunggu pembaikian dibuat oleh Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu upacara keagamaan akan dilakukan keluarga mendiang kira-kira jam 11 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu, Kayu Ara, Damansara.



Sumber Kes ditimpa kerusi: Sekeluarga dibawa beri keterangan

Post a Comment

Previous Post Next Post