Kes tanah Felda selesai, kertas siasatan diserah hari ini

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan kertas siasatan kontroversi hak milik tanah Felda di Jalan Semarak sepatutnya dihantar minggu lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaTan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan kertas siasatan kontroversi hak milik tanah Felda di Jalan Semarak sepatutnya dihantar minggu lalu. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 24 Jan — Kertas siasatan lengkap berhubung kontroversi hak milik tanah Felda di Jalan Semarak akan dihantar pejabat Peguam Negara hari ini.

Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan itu, sepatutnya dihantar minggu lalu, tertangguh kerana “masalah teknikal”.

“Saya mohon maaf kerana saya kata minggu lepas kami akan menyerahkan kertas siasatan itu, tetapi oleh kerana masalah teknikal, siasatan berakhir hari ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh pasukan penyiasat bahawa siasatan berakhir hari ini, dan kertas itu akan diserah hari ini,” katanya kepada pemberita.

Awal bulan ini, satu pasukan khas ditubuhkan, menyiasat urusan pindah milik tanah itu yang meragukan, yang kini dibangunkan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Kes tanah Felda selesai, kertas siasatan diserah hari ini

Post a Comment

Previous Post Next Post