Kes tipu jual rumah, pelakon bergelar Datuk ditahan lagi

Polis Ampang Jaya menahan seorang pelakon bergelar Datuk untuk menyiasat aduan seorang wanita dalam kes pembelian banglo. — Paparan skrin GooglePolis Ampang Jaya menahan seorang pelakon bergelar Datuk untuk menyiasat aduan seorang wanita dalam kes pembelian banglo. — Paparan skrin GoogleAMPANG JAYA, 24 Jan — Pelakon bergelar Datuk ditahan berhubung dakwaan kes penipuan jualan rumah membabitkan kerugian RM60,000.

Aktor, turut disiasat kes tipu melibatkan RM6.2 juta, ditahan di balai polis Bukit Indah jam 5.45 petang semalam, ekoran aduan seorang wanita.

Ketua polis daerah Ampang Jaya mengesahkan penahanan artis 37 tahun ketika memberi keterangan di balai itu, lapor Harian Metro.

ACP Hamzah Alias berkata mangsa mendakwa membayar tunai RM10,000 pada 18 Jun lalu selepas menandatangani perjanjian pembinaan banglo RM60,000 dengan sebuah syarikat.

"Mangsa turut menyerahkan baki bayaran sebanyak RM50,000 ke akaun syarikat sekutu itu," katanya.

"Namun sehingga hari ini, rumah yang dijanjikan kepada mangsa masih belum dibina."

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Sumber Kes tipu jual rumah, pelakon bergelar Datuk ditahan lagi

Post a Comment

Previous Post Next Post