Ketahui 7 Rahsia Kejayaan Dalam Bisnes Oleh Jutawan Sebenar

Semua orang tahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan..betul tak?

Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan.

Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan? Jawapannya ada di sini. Jika anda ingin berjaya dan menjadi kaya-raya seperti mereka, ikut sahaja!

#1-Robert T. Kiyosaki – Matlamat Kebebasan Dari Segi Kewangan

Robert T. Kiyosaki, jutawan, penasihat kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad sangat pentingkan kebebasan dari segi keewangan. Menurut Kiyosaki, semua ini bermula daripada matlamat.

Cuba anda bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang, apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda. Jika hari ini anda rencanakan sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan pastinya akan membuahkan hasil kejayaan dan begitulah sebaliknya.

Itulah matlamat anda. Kebanyakan orang impikan hidup kaya-raya dan bukannya kebebasan dari segi kewangan. Padahal, menjadi kaya sahaja tidak cukup. Banyak orang kaya yang kemudiannya jatuh miskin tidak begitu faham sifat-sifat wang.

#2- Estee Laude – Hukum Balasan “Reciprocal”

Estee Laude, pengasas Estee Lauder Inc mencipta kejayaan dengan menggunakan kaedah ini. Menurut Estee Lauder, orang yang kedekut tidak akan menjadi kaya kerana orang lain akan membalas sikap kedekut ini.

Orang yang benar-benar kaya tidak memberi tumpuan untuk mengurangkan perbelanjaan. Mereka sebaliknya cuba untuk memaksimakan pendapatan.

#3-Aristotle Onassis- Berhutang Mengikut Kemampuan

Rahsia ini milik Aristotle Onassis, jutawan dan raja kapal Yunani. Prinsip Onassis, tidak salah untuk berhutang asalkan untuk tujuan produktif.

Hutang yang produktif dianggap sebagai bukan hutang kerana ia akan menghasilkan pendapatan dengan lebih cepat. Hutang untuk perbelanjaan yang tidak dapat dikawallah yang akan menyita seluruh pendapatan di masa depan.

Jadi, anda boleh mula berhutang tetapi ukur baju di badan sendiri. Jika berhutang itu demi jalan kebaikan maka anda harus bertanggungjawab terhadap hutang yang dibuat.

#4-Andrew Carnegie – Gunakan Wang Secara Bijak

Andrew Carnegie, pengasas Carnegie Steel Company pemilik rahsia ini. Selalunya orang kata wang boleh beli segalanya. Kebahagian dan masa depan. Kebanyakan orang terlalu sibuk mendapatkan wang tanpa berfikir apa yang akan dilakukan selepas wang itu diperolehi.

Hakikatnya , mereka akan jatuh miskin lagi jika tidak merancang strategi pelaburan yang baik. Jadi, jangan hanya memikirkan cara mencari wang, tanpa merancang cara untuk memanfaatkannya dengan bijak kerana itulah yang paling penting.

#5-Dan Benson – Alasan Penting

Dan Benson, perunding kewangan dan penulis buku 12 Stupid Mistakes People Make With Their Money mengatakan setiap orang harus mempunyai alasan yang kuat setiap kali mengeluarkan wang.

Pengaliran wang keluar perlu direkodkan supaya aliran itu tidak salah alamat. Meneliti setiap alasan penting sebelum membuat pengeluaran wang adaah sangat penting dalam kehidupan seorang usahawan.

Pada usia di bawah 30 tahun, hanya ada dua matlamat utama iaitu matlamat untuk terus hidup dan melabur. Maka setiap kali pelaburan berkembang, anda mampu meletakkan pengeluaran untuk memperbaiki kehidupan.

#6- Kiyosaki – Sedikit Hutang

Merancang strategi dalam perniagaan adalah sangat penting. Memaksimakan keuntungan dan meminimakan hutang adalah dua perkara berat yang perlu ditekankan.

Ini resepi Kiyosaki lagi. Kalau anda berhutang dengan ramai orang, maksudnya kamu semakin miskin. Formulanya, Aset – Hutang = Kekayaan. Jika mahu kaya, tingkatkan asset dan kurangkan kerugian. Memang asset dapat diperolehi daripada hutang.

Namun begitu, jangan membeli asset dengan hutang yang jauh lebih besar dari nilai asset. Jangan pula menambah hutang untuk sesuatu yang tidak menambah asset, misalnya keperluan perbelanjaan.

#7-Henry Ford – Tambah Pengetahuan

Henry Ford, pengasas Ford Motor Company mendedahkan rahsia kejayaannya. Jika wang anda menjadi sumber ketenangan, maka anda tersilap. Satu-satu perkara yang mampu menjamin ketenangan hidup di dunia ini adalah pengetahuan, pengalaman dan kemampuan. Tanpa tiga perkara ini, berapa banyak wang dalam tangan pun tiada gunanya.



Sumber Ketahui 7 Rahsia Kejayaan Dalam Bisnes Oleh Jutawan Sebenar

Post a Comment

Previous Post Next Post