Lindsay Lohan Rancang Bina Pulau Peribadi di Dubai

Biarpun sibuk dengan rutin harian namun Lindsay Lohan mengaku dia menikmati hari-harinya dengan gembira. Malah dia kini dikatakan sedang merancang membangun sebuah pulau di Dubai.

Perkara tersebut didedahkan sendiri aktres yang popular dengan filem Mean Girls ini ketika ditemubual oleh Wendy Williams.

Pulau tersebut bakal diberi nama nantinya 'Lohan Island'.

"Saya mempunyai banyak projek kecil di Dubai karena saya suka sibukkan diri dengan pekerjaan.

"Setelah selesai pemggambaran siri Sick Note, sayaakan kembali semula ke Dubai dan mulakan kerja mereka bentuk sebuah pulau, Lohan Island.

"Saya sedang dalam perbincangan untuk mereka bentuk pulau pulau pribadi saya di Dubai,' katanya seperti yang dilaporkan Arabian Business

Namun, Lindsay tidak berkongsi lanju mengenai projeknya itu.

Lindsay telah menetap di Dubai sejak 2016, selepas memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya yang berasal dari Rusia, Egor Tarabasov.

Dalam tempoh itu, beberapa kali dia berulang-alik ke London, New York, dan Los Angeles atas urusan pekerjaan.

Sejak meneta di Dubai, Lohan juga dikatakan sedang mempelajari bahasa Arab.

"Tiada kamera di Dubai. Saya boleh fokus melakukan apa yang ingin saya lakukan. Di sana saya bebas dan mempunyai kehidupan pribadi dan juga umum. Dan bagi saya hal itu sangat penting," katanya.



Sumber Lindsay Lohan Rancang Bina Pulau Peribadi di Dubai

Post a Comment

Previous Post Next Post