SINGAPURA, 16 Jan — Projek bersama – Marina One dan DUO, Malaysia dan Singapura akan menjadi mercu tanda generasi akan datang, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, pada Isnin merasmikan dua pembangunan oleh M+S Pte Ltd, hasil daripada perjanjian pertukaran tanah antara Singapura dan Malaysia pada 2010.
"Saya masih ingat semasa berdiri di balkoni Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, dan Lee menawarkan dua bidang tanah.
”Saya segera menerimanya kerana saya nampak inilah cara untuk kami menyelesaikan isu yang sudah lama tertangguh antara kedua-dua pihak,” kata Najib pada sidang media bersama pada Pemukiman Pemimpin Singapura kelapan di Istana hari ini.
"Ada masalah POA (Butiran Perjanjian). Ia perlu diselesaikan dan saya gembira kami menyelesaikannya dengan cara terbaik, dan hari ini kita dapat melihat penyelesaian, dan berdasarkan hakikat kami bekerja bersama-sama, kam dapat menggerakkan agenda dalam pelbagai cara,” katanya.
Pertukaran Perjanjian Pemegang saham M+S antara Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings berlangsung di Putrajaya pada 5 Jan, 2012, disaksikan kedua-dua Perdana Menteri, dan susulan itu pada Julai 2012, majlis pecah tanah Marina One berlangsung.
Pada Februari 2013, kedua-dua perdana menteri mengumumkan reka bentuk seni bina Marina One.
Projek itu bernilai S$11 bilion (S$1 = RM3), dan walaupun baru siap, sudah memperoleh kadar penuh pendudukan pejabat, apabila menarik banyak syarikat Fortune 500 berpindah dan menjadikan Marina One dan DUO sebagai pejabat baru mereka.
Marina One dan DUO merupakan dua projek legasi simbolik hasil daripada perjanjian pertukaran tanah yang dimeterai pada 2010 antara Malaysia dan Singapura.
Kerajaan Singapra menggunakan empat bidang tanah di Marina South dan dua di Ophir-Rochor sebagai ganti tiga bidang tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga bidang tanah di Bukit Timah.
M+S ditubuhkan pada 2011 bagi membangunkan plot baharu itu untuk membina Marina One dan DUO.
Ia dimiliki oleh Khazanah dan Temasik pada asas 60:40.
Sementara itu, menjawab soalan Bernama mengenai kemungkinan pembangunan bersama M+S pada masa depan, kedua-dua pemimpin itu menyuarakan harapan ‘lebih banyak lagi pada masa depan’.
”Lee menyifatkan hubungan dua hala dengan Malaysia sebagai cemerlang, yang membolehkan kedua-dua pihak melakukan banyak lagi bersama-sama berdasarkan banyak projek konkrit yang memberi manfaat kepada rakyat.
Perdana Menteri Singapura berkata pembangunan bersama Temasek dan Khazanah di Iskandar Malaysia – Afiniti Medinid anAvira – berjalan lancar.
Pembangunan bersama itu adalah menerusi Pulau Indah Ventures Sdn Bhd, usaha sama 50:50.
Menurut Lee, Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia, dan Johor secara menyeluruh.
“Kami bekerja rapat menerusi Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar untuk memperkukuh persekitaran perniagaan yang kondusif serta meningkatkan latihan vokasional dan pendidikan teknikal yang diperlukan pelabur,” katanya. — Bernama
Sumber Marina One, DUO mercu tanda generasi masa depan, kata PM