MPV dibaiki undur sendiri, mekanik maut tersepit

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dikatakan mengundur mengakibatkan mekanik yang sedang membaikinya, maut tersepit. — Foto ihsan Facebook/Skuad Info TerkiniKenderaan pelbagai guna (MPV) yang dikatakan mengundur mengakibatkan mekanik yang sedang membaikinya, maut tersepit. — Foto ihsan Facebook/Skuad Info TerkiniSUNGAI BESAR, 21 Jan — Seorang mekanik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang dibaikinya, tiba-tiba mengundur.

Ham Kok Hooi, 35 tahun, tersepit antara tiang pagar rumah pelanggannya di Taman Makmur di sini dan kenderaan tersebut, sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, lapor Utusan Online.

Ketua polis daerah Sabak Bernam berkata mangsa, berasal dari Taman Padu Permai di sini, dikatakan cuba menahan kenderaan tersebut tetapi gagal.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah tersepit di antara MPV berkenaan dengan pagar rumah terbabit sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” kata Supt Nor Azmi Isa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ). Bedah siasat menunjukkan kematian mangsa akibat kecederaan teruk di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sumber MPV dibaiki undur sendiri, mekanik maut tersepit

Post a Comment

Previous Post Next Post