Musim Sejuk Di Malaysia, Dobi Laris

Boleh dikatakan sejak seminggu lalu negara kita mengalami cuaca sejuk luar biasa di beberapa negeri hingga membuatkan ramai yang memakai pakaian tebal ketika keluar.

Bukan itu saja, pakaian yang dibasuh menjadi lembap kerana sukar dikeringkan akibat tiada cahaya matahari selama beberapa hari.

BACA: Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat

Berikutan itu, dobi layan diri dipenuhi orang ramai yang mahu membasuh baju dan mengeringkan pakaian menggunakan mesin pengering pakaian.

Seorang pengguna dobi dari Bukit Bandaraya, Khairuddin Saperi, 42 tahun, memberitahu dia terpaksa menggunakan servis dobi layan diri untuk mengelakkan lambakan pakaian basah serta lembap di rumahnya akibat cuaca sejuk.

“Selalunya basuh dan sidai sendiri di rumah tapi disebabkan cuaca sekarang ni kalau sidai pun belum tentu boleh kering, berhari-hari tak kering kena ke kedai dobi jugalah untuk lebih mudah dan cepat,” tambahnya.

Selain itu, Azaruddin Ishak, 33 tahun, juga memilih dobi layan diri sebagai sumber alternatif untuk mengeringkan pakaian akibat cuaca sejuk dialami oleh negara ini.

“Saya datang pun untuk keringkan saja, sebab cuaca sejuk dan hujan sekarang ni memang susah sikit nak kering kalau sidai di rumah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Berak Luar Kedai, Pemilik Dobi Lapor Polis
“Cuaca Sejuk Perkara Biasa”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bingung Nak Pilih Makanan Di Tasik Raban

Post a Comment

Previous Post Next Post