Pahang banjir lagi, 1,300 mangsa terjejas

Jemaah masjid meredah air bah yang memasuki perkarangan Masjid Al Ehsan Kampung Pulau Rusa, Pekan selepas mereka menunaikan solat Jumaat hari ini. — Foto BernamaJemaah masjid meredah air bah yang memasuki perkarangan Masjid Al Ehsan Kampung Pulau Rusa, Pekan selepas mereka menunaikan solat Jumaat hari ini. — Foto BernamaKUANTAN, 12 Jan — Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin terus bertambah kepada 1,290 orang sehingga 8 malam ini berbanding 738 orang dengan ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, di Pekan dua lagi PPS baharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang yang menempatkan 322 mangsa dan SK Sri Biram (51 orang).

“Mangsa turut ditempatkan di lapan lagi PPS di SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (30), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (121).

“Di pusat pemindahan Pulau Manis terdapat 75 mangsa, Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (50) dan SK Acheh (sembilan),” katanya.

Di Rompin, jumlah mangsa masih kekal 125 orang yang ditempatkan di SK Tekek, Tioman (63) dan Dewan Orang Ramai Leban Chondong (62). — Bernama



Sumber Pahang banjir lagi, 1,300 mangsa terjejas

Post a Comment

Previous Post Next Post