Penyanyi pop Perancis, France Gall meninggal dunia

PARIS: Penyanyi pop Perancis, France Gall, yang popular pada era 60-an meninggal dunia pada ahad ketika berusia 70 tahun.

Gall ketika di zaman kegemilangannya pernah memenangi pertandingan Lagu Eurovision sebelum menghasilkan hits dan menjual berjuta-juta album sepanjang karier empat dekadnya.

Ejennya, Genevieve Salama memberitahu bahawa penyanyi berambut perang dan berwajah bulat  meninggal dunia akibat kanser di Paris.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menulis dalam tweeternya turut merakamkan takziah dan merakamkan terima kasih di atas jasa yang dicurahkan kepada industri muzik sepanjang kariernya selama ini.

Gall lahir pada tahun 1947 dan telah menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian sejak dari kecil lagi.

Salah satunya, lagu yang dipopularkannya termasuklah "Poupee de cire, poupee de son'' ("Wax Doll, Rag Doll '').



Sumber Penyanyi pop Perancis, France Gall meninggal dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post