Akhirnya pihak Jakim telah menemui instafamous dan juga usahawan berjaya bernama Nur Sajat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, pihaknya dalam fasa untuk merungkai persoalan yang ditimbulkan masyarakat mengenai Sajat.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai bentuk penyelesaian yang akan digunapakai untuk menangani isu ini.
Ini komen dari Dr Izwan:
"Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.
"Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat,"
Dr Izwan berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Sajat di Wisma Nur Sajat petang tadi. Difahamkan, kedua ibu bapa Sajat turut serta dalam pertemuan itu.
Ditanya adakah dalam pertemuan itu pihak Jakim telah mendapat pengesahan jantina daripada Sajat, Dr Mohd Izwan berkata: "Belum."
Dr Izwan berkata lagi, sebarang urusan dalam mendapatkan pengesahan itu akan dibuat melalui perbincangan secara dalaman.
Ini komennya lagi:
"Ia adalah perbincangan dalaman, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,"
Sebelum ini Dr Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani masalah seperti Sajat yang dikatakan keliru identiti, berhajat untuk berjumpa dengan Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.
Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.
Sementara itu, Sajat pula berkata, pertemuannya bersama Jakim adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu berbangkit.
"Alhamdulillah, hari ini saya terima kedatangan ziarah daripada wakil Jakim.
"Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya, doakan yang terbaik ya,"
Sajat juga memuatnaik foto pertemuan dengan wakil JAKIM bersama ibu bapanya di laman media sosial Instagram.
Sebelum ini, Sajat mendakwa, ada pihak yang kurang senang dengan kejayaannya sehingga pihak terbabit membuat laporan kepada pihak JAKIM.
Sumber: mStar
Tags:
beritamemey