Hulu Terengganu: Kegembiraan lima sahabat etnik Rohingya mandi-manda di Sungai Kuala Berang bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya hilang dihanyut arus deras.
Sumber Remaja Rohingya dikhuatiri lemas selepas main bola
Kejadian di sekitar jam 4.15 petang Ahad selepas lima remaja dari Madrasah Hidayah Rohingya itu bermain bola di padang rekreasi berhampiran
Mangsa yang hilang disahkan sebagai Mohammad Rahim Salleh Ahmad, 17 tahun.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi berkata
operasi mencari dan menyelamat membabitkan 39 anggota termasuk jabatan bomba dan penyelamat, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
Pencarian selama dua jam dengan menyusuri tebing sungai bagaimanapun gagal mengesan mangsa.
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam Ahad ekoran cuaca gelap dan akan di sambung pagi Isnin.
Sumber Remaja Rohingya dikhuatiri lemas selepas main bola
Tags:
Viral AA+