Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai

Tak tahu nak masak apa untuk sarapan sebelum pergi kerja? Sebenarnya nasi goreng merupakan hidangan paling mudah disediakan terutama bila kita hendak cepat kerana bahan yang digunakan juga tak susah untuk dicari.

Anda hanya perlukan enam bahan ringkas untuk membuat nasi goreng cili kering yang menjadi kegemaran ramai itu. Berikut merupakan cara-cara untuk masak nasi goreng cili kering.

BACA: Resepi Potato Wedges Ala KFC

Bahan-bahan

2 biji telur
3 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
Sedikit ikan bilis
Sedikit cili kering

Cara-cara

– Potong cili kering dan rendamkan ke dalam air panas.

– Kemudian, toskan cili kering tadi dan tumbuk bersama bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga lumat.

– Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.

– Selepas itu, masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau atau naik minyak.

– Pecahkan telur dan gaul sehingga masak.
– Langkah terakhir, masukkan nasi dan letak sedikit garam. Gaul sekejap dan tutup api.
– Siap!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Resepi Asal Bubur McD
Hanis Zalikha Kongsi Resepi Butter Prawn

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!

Post a Comment

Previous Post Next Post