Kolabarasi diantara Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) & Air Kelantan Sdn Bhd berjaya menganjurkan Seminar Marketing Luar Biasa (MLB) yang mendapat sambutan lumayan daripada anak jati Kelantan yang mahu menyedut ilmu ‘mahal’ daripada pengasas Majalah Niaga iaitu Tuan Hasbul Arif dan Hasbul Aqil.
#1-Sambutan ‘Lumayan’ MLB
Seminar sehari ini mendapat sambutan ‘lumayan’ iaitu seramai 250 anak jati Kelantan menyertai seminar yang bertujuan memberi input berguna kepada peniaga-peniaga kecil meningkatkan mutu perniagaan mereka.
Seminar yang berlangsung pada 16 Dis 2017 lepas di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood, Exco Kerajaan Negeri Kelantan jam 8.30 pagi.
Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ melahirkan rasa bangga dengan kehadiran peserta seramai 250 orang yang terdiri dari kalangan anak muda, bersemangat hadir seawal pagi untuk meningkatkan kemajuan diri dan perniagaan masing-masing.
10 Anugerah Usahawan Harapan DUKE turut disampaikan kepada penerima yang terpilih yang terdiri daripada seorang berbangsa India, seorang berbangsa Cina dan 8 orang berbangsa Melayu. Turut hadir YBrs Tuan Hj Ashaari Mamat, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
#2-Matlamat DUKE Buat Anak Kelantan
Matlamat utama yang dijunjung oleh DUKE adalah mewujudkan perkongsian pintar antara semua usahawan dalam dan luar Kelantan. DUKE juga mahu membina jaringan yang kuat antara semua usahawan anak Kelantan dalam usaha membangunkan ekonomi rakyat negeri ini.
Dalam masa yang sama DUKE membantu merancakkan pemasaran bagi produk dan perkhidmatan perniagaan ahli pertubuhan.
Ianya juga memberi peluang kepada peniaga menyusun semula strategi perniagaan yang lebih kompetitif ke arah transformasi sektor perniagaan selaras dengan misi negeri untuk melahirkan lebih banyak usahawan di kalangan anak Kelantan.
#3-Perancangan 2018
Menariknya, Dewan Usahawan Kelantan (Duke) juga akan mengumumkan 100 usahawan yang paling berpengaruh di negeri itu dan juga seluruh Malaysia pada Februari depan.
Presiden Duke, Zaki Zakaria berkata, inisiatif itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan.
“Kita sangat menggalakkan anak muda agar menceburi bidang keusahawanan dengan sokongan yang ditunjukkan anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood bagi menjayakan program tersebut di Kelantan.
DUKE juga merangka perancangan 2018 dengan salah satunya adalah penganjuran program 100 Most Influential Young Enterpreneurs of Kelantan. Matlamat utama pihak DUKE adalah memperluaskan jaringan antara usahawan dari seluruh pelusuk negeri Kelantan serta menganjurkan lebih banyak program-program dan kursus keusahawan yang dapat membantu rakyat Kelantan dalam mempah nama dalam bidang perniagaan ini.
Sumber Sambutan ‘Luar Biasa’ Daripada Usahawan Kelantan Yang Hadir MLB.