Seorang pekerja buruh di China telah menjadi bualan hangat warga netizen di media sosial selepas gambarnya menggunakan khidmat WiFi percuma di stesen kereta api bawah tanah di Shanghai untuk membuat panggilan video kepada isteri dan keluarganya setiap hari.
Ge Yuanzheng, yang berasal dari wilayah Henan, berpindah ke timur China pada bulan Oktober lalu dan bekerja di sektor pembinaan dengan pendapatan 200-300 yuan (RM123-RM184) sehari.
Ge dan rakan-rakan sekerjanya tinggal di asrama pekerja dan semenjak tiga bulan berada di Shanghai, dia belum belum lagi melawat mana-mana tempat yang menjadi tumpuan para pelancong kerana bimbang akan terguna dan terbazir wang gajinya.
Apa yang penting bagi Ge, dia lebih gemar berhubung dengan orang tersayang di kampung. Meskipun berjauhan dari keluarga, Ge tidak menganggap itu satu 'kebebasan' untuk melakukan apa-apa yang disukainya. Sebaliknya dia lebih gemar menggunakan internet percuma yang terdapat dan disediakan di stesen kereta api bawah tanah untuk menghubungi keluarganya.
"Saya tidak mahu membelanjakan wang saya, tetapi saya rindukan rumah dan mahu bercakap dengan keluarga saya," katanya.
Ge berkata, setiap malam antara jam 7-8 malam, dia akan pergi ke stesen tersebut, duduk dan berbual dengan keluarga dan saudara maranya dengan mesra dan selesa.
Awal bulan Januari yang lalu, seorang individu yang berjalan di stesen itu ternampak perbuatan Ge lalu merakam gambarnya dan muat naik ke media sosial.
Gambar tersebut menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang melahirkan rasa simpati terhadap Ge. Selain itu, ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa Ge tidak melanggan internet untuk berbuat demikian agar dia dapat lebih kerap berhubung dengan keluarganya setiap hari.
Apabila isteri Ge yang tidak didedahkan namanya itu ternampak gambar suaminya tersebar di internet, dia kecewa kerana menyangka suaminya terpaksa berjalan jauh ke stesen itu semata-mata mahu menghubunginya (video call) agar dapat memberitahu dia sayangkan isterinya. Namun wanita itu kembali ceria selepas Ge menjelaskan dia baik-baik saja.
Difahamkan, isteri Ge juga turut menggunakan 'WiFi percuma' dari jiran sebelah rumah mereka untuk berhubung dengan Ge.
Pasangan berkenaan mempunyai dua orang anak. Salah seorang anak lelakinya sudah bekerja, manakala anak perempuannya masih belajar untuk menjadi jururawat. Kos pengajian anak bongsu mereka itu adalah sebanyak 30,000 yuan (RM18,469) setahun.
Ge telah merancang, kepulangannya ke kampung bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina akan datang, dia mahu menghadiahkan isterinya sebuah telefon bimbit baru.
Sumber 'Saya rindukan rumah, isteri dan keluarga' - Netizen sebak baca kisah buruh ini rindukan keluarganya
Tags:
thereporter