Shahrir: Tiada kompromi tanah Felda RM250j hilang

Shahrir berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada proses audit demi memastikan Felda mendapat hak semula ke atas tanah tersebut. ― Foto Bernama Shahrir berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada proses audit demi memastikan Felda mendapat hak semula ke atas tanah tersebut. ― Foto Bernama JOHOR BARU, 7 Jan ― Proses audit ke atas Felda berhubung isu pemindahan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan bermula esok, kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata pengauditan dijalankan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lalu bahawa sebuah syarikat audit luar telah dilantik bagi melaksanakan audit forensik.

Shahrir berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada proses itu demi memastikan Felda mendapat haknya semula ke atas tanah tersebut.

"Kami tidak akan berkompromi dalam isu pindah milik tanah ini kerana kami mahukan semula hak tanah itu.

"Pada masa sama, kami berpendapat ia (pindah milik tanah) adalah satu bentuk salah laku dan tindakan harus diambil sekiranya wujud salah laku,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, di sini hari ini. ― Bernama



Sumber Shahrir: Tiada kompromi tanah Felda RM250j hilang

Post a Comment

Previous Post Next Post