Sorakan sokongan Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman dibuat Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen IDCC di sini, hari ini.

Sebaik saja nama Dr Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, ia disambut dengan sorakan sokongan daripada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri konvensyen itu.

PENGERUSI Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memgangkat tangan selepas di umumkan calon Perdana Menteri Untuk Pakatan Harapan oleh Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di IDCC , Shah Alam . - Foto Mohd Yusni Ariffin

Perwakilan sekali lagi bersorak apabila Saifuddin mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

"Agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudian diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan," katanya.

Saifuddin turut mengumumkan pengagihan 165 kerusi parlimen PRU-14 di Semenanjung, yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima kerusi terbesar iaitu 52, diikuti PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).



Sumber Sorakan sokongan Tun Dr Mahathir

Post a Comment

Previous Post Next Post