Stesen TV tidak gam drama lakonan Farid Kamil

Drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' lakonan Datuk Farid Kamil akan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula 10 malam. —Foto fail Malay MailDrama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' lakonan Datuk Farid Kamil akan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula 10 malam. —Foto fail Malay MailKUALA LUMPUR, 14 Jan — Drama terbaru Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Datuk Farid Kamil akan tetap disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula 10 malam esok.

Ketua Saluran Melayu Astro berkata drama itu tiada kena mengena dengan isu peribadi pelakon utama yang masih direman polis, lapor Kosmo!.

"Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya," kata Raqim Ahmad.

Beliau yakin drama adaptasi novel itu dapat diterima ramai seperti yang lain kerana mempunyai peminat sendiri.

Digandingkan dengan pelakon Nelydia Senrose, drama 32 episod arahan Along Kamaludin turut menampilkan Nadiyah Sahab, Adriana Adnan, Azhar Sulaiman dan Farez Ridzwan.

Farid, 34, direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan atas beberapa kesalahan termasuk menampar polis dan menggunakan dadah jenis ganja.

Dia disiasat bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Dua seksyen Kanun Keseksaaan berhubung kesalahan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekuatan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Selain kesalahan menggunakan dadah jenis ganja, Farid juga disiasat bagi tindakan tidak senonoh di balai polis.



Sumber Stesen TV tidak gam drama lakonan Farid Kamil

Post a Comment

Previous Post Next Post