Sungai bertukar biru, dicemari pewarna produk plastik

Air longkang besar dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang bertukar biru akibat pencemaran pewarna produk plastik. — Foto ihsan Facebook/ Mohammad FaizalAir longkang besar dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang bertukar biru akibat pencemaran pewarna produk plastik. — Foto ihsan Facebook/ Mohammad FaizalSEREMBAN, 23 Jan — Air longkang dan sungai dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang bertukar biru semalam akibat dicemari pewarna produk plastik. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menjejaki pencemaran itu sehingga menemui puncanya dari sebuah kilang di kawasan perindustrian kecil di situ.

Pengarahnya Norhazni Mat Sari berkata usaha itu dimulakan beberapa jam selepas menerima aduan kira-kira jam 12 tengah hari, lapor Berita Harian.

“[...] air menjadi biru disebabkan pekerja kilang itu mencuci produk plastik yang diterima daripada pembekal yang dicemari dengan pewarna,” katanya. 

Air longkang besar dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang bertukar biru akibat pencemaran pewarna produk plastik. — Foto ihsan Facebook/ Mohammad FaizalAir longkang besar dekat Taman Tuanku Jaafar, Senawang bertukar biru akibat pencemaran pewarna produk plastik. — Foto ihsan Facebook/ Mohammad FaizalBeliau turut mengarahkan kilang itu menghentikan aktiviti mencuci sekali gus menyedut semula air biru itu, yang melibatkan jarak 8 kilometer.

Walaupun tahap keasidan (pH) air itu neutral, namun JAS mengambil sampel air itu bagi menentukan kandungan sebenar pewarna itu, tambahnya.

Pemeriksaan di kawasan tersebut hari ini mendapati air sungai dan longkang itu kembali kepada warna asal.



Sumber Sungai bertukar biru, dicemari pewarna produk plastik

Post a Comment

Previous Post Next Post