"Teruk saya kena sampai rasa sakit luar dan dalam.." - Kamal Adli


Pelakon Kamal Adli telah menjadi bahan kontroversi pada tahun 2017. Kebanyakkan kisahnya membabitkan isu percintaan dengan pelakon Emma Maembong.

Setelah memasuki tahun baru ini, Kamal Adli berharap namanya tidak lagi menjadi perhatian yang menjurus kepada isu panas semata-mata.

Kamal Alid menyatakan bahawa tahun 2017 banyak meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya namun pada masa sama kejadin itu mengajar dia untuk menjadi seorang lelaki yang lebih matang.

Ini komen Kamal:

"Harapan saya satu sahaja untuk tahun ini iaitu tak nak apa yang berlaku pada tahun lalu berulang lagi.

"Cukuplah! Tahun lepas teruk saya kena sampai rasa ‘sakit’ luar dan dalam.

"Biarlah 2018 saya fokus dengan kerja dan perniagaan yang saya usahakan dan bukannya kontroversi"


Kamal Ali berkata demikian ketika ditemui oleh pihak mStar di majlis pelancaran program terbaru iaitu Gegar Komedi yang diadakan di Comedy Planet Kuala Lumpur pada Isnin.

Juara Super Spontan 2017 itu bakal bertindak sebagai pengacara bersama Fad Bocey dalam program itu yang bakal bermula pada 19 Januari ini.

Dalam pada itu, Kamal berkata, tahun ini dia ingin memfokuskan kepada karier lakonannya selain bidang perniagaan yang mula diceburi secara serius bersama rakan kongsinya.

Bercerita lebih lanjut tentang perniagaannya, Kamal bakal mengeluarkan minyak wangi selain beberapa produk kecantikan untuk lelaki dan wanita.

Ini komen Kamal lagi:

"Alhamdulillah tawaran berlakon pun memang banyak dan jadual pun sudah mula penuh untuk tahun ini.

"Selebihnya saya ingin fokus kepada bidang perniagaan pula sebagai satu cabang baru dalam karier seni saya,"

Bercakap mengenai penglibatannya sebagai hos Gegar Lawak, Kamal berkata, dia menerima tawaran tersebut kerana memang minat mengacara dan menanggap peluang diberikan sebagai peluang tidak patut dilepaskan.

Bergandingan dengan Fad Bocey juga satu kelebihan kerana mereka sebelum ini pernah beberapa kali bekerjasama.

Rancangan Gegar Lawak akan mula bersiaran setiap Jumaat, 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (134).

Sumber: mStar

Post a Comment

Previous Post Next Post