Ulama: Malaysia negara terbaik kebebasan bersuara

Ulama Iraq Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani menyifatkan tiada negara Islam lebih baik daripada Malaysia dari segi kebebasan bersuara. — Foto ihsan Facebook/Darul Jailani InternationalUlama Iraq Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani menyifatkan tiada negara Islam lebih baik daripada Malaysia dari segi kebebasan bersuara. — Foto ihsan Facebook/Darul Jailani InternationalKUALA LUMPUR, 26 Jan — Ulama Iraq Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam terbaik mengamal kebebasan bersuara.

Beliau berkata Malaysia, walau tidak seratus peratus sempurna, kepimpinan sedia ada menangani setiap masalah dengan cara tersendiri.

"Mana ada negara Islam lebih baik daripada Malaysia dalam kebebasan bersuara rakyatnya," kata pengerusi Al-Wariseen Trust & Darul Jailani itu, lapor Berita Harian.

"Jangan biarkan sebarang percikan kecil memusnahkan negara ini," katanya yang menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang diberkati.

Seorang ulama Amerika Syarikat pula menyeru umat Islam Malaysia melakukan reformasi rohani sebelum bercakap tentang reformasi politik.

"Jangan kita arahkan kesalahan kepada pihak lain. Punca masalah pada diri kita sendiri. Jika kita bersatu, maka Allah SWT bersama kita tetapi kita tidak bersatu," kata Al-Sheikh Dr Muhammad Yahaya Al-Ninowy.

Mengingatkan perjuangan sebenar bermula dari dalam diri, beliau mendapati Malaysia, menerima Islam 700 tahun lalu, mengamalkan Islam dengan penuh kecintaan.



Sumber Ulama: Malaysia negara terbaik kebebasan bersuara

Post a Comment

Previous Post Next Post