(Video) 'Lompat sampai mampos!' - 'Pocong' ditahan polis

Viral di media sosial video seorang lelaki menyamar sebagai hantu pocong dan seorang lagi lelaki dipercayai rakannya ditahan polis. 
Difahamkan, dua lelaki terbabit merancang berbuat demikian untuk tujuan bergurau dan menakutkan pengguna jalan raya di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. 
Berdasarkan beberapa video yang viral, lelaki yang memakai kain putih itu disuruh melompat tanpa henti akibat perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu. 
"Lompat sampai mampos! Nak sangat orang sangat. Hang lompat! Lompat!" demikian tegas dua lelaki yang dipercayai anggota polis peronda yang menahannya. 
Sementara itu di media sosial, netizen menganggap perkara itu menggelikan hati mereka, selain mengatakan padan muka kepada 'pocong' berkenaan. 
"Selaku Presiden Pocong Seantero Dunia, dengan ini saya menafikan bahawa pocong dalam video ini adalah ahli persatuan kami," - Kail Sejengkal.
"Stamina yang tinggi untuk menjadi pocong. Kipidap pocong, mohon loncat sampai selatan tanahair." - Fendi Zainol.
"Dah dapat habuan dah. Kena denda dengan polis melompat tak berhenti sampai ke balai," - Sahbanu Senawi. 
"Lompatlah kau sampai reput kaki dalam lokap. Kau ingat kau pocong dah habis kuatlah? Undang-undang kau dekat alam ghaib je. Alam lokap, mampuslah kau pocong." - Mohd Farhan Berhan.


Sumber (Video) 'Lompat sampai mampos!' - 'Pocong' ditahan polis

Post a Comment

Previous Post Next Post