Video tular lelaki digilis lori tangki minyak

Rakaman video seorang pembonceng motosikal yang digilis lori tangki minyak sehingga kaki kanannya putus di Buloh Kasap, di sini, Isnin lalu menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintenden Raub Selamat menafikan video tular berdurasi 31 saat itu merupakan cubaan samun seperti yang didakwa oleh netizen.

“Kejadian berlaku di Jalan Seremban-Segamat berhampiran persimpangan Jalan Tasek Alai, di sini, kira-kira jam 4.45 petang, Isnin lalu.

“Kes berpunca apabila dua lelaki yang menaiki motosikal tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori tangki minyak yang membunyikan hon,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, akibat berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori tersebut, pembonceng motosikal berkenaan cuba mengejar dan membuka pintu lori tangki minyak.

Bagaimanapun, sikap marah lelaki tersebut mengundang padah buat dirinya selepas dia terjatuh dan kaki kanannya digilis tayar hadapan lori tangki minyak sehingga hancur.

“Mangsa belum dikenalpasti identitinya dan kini sedang dirawat di Hospital Daerah Segamat (HDS) kerana cedera parah di bahagian kaki,” katanya.



Sumber Video tular lelaki digilis lori tangki minyak

Post a Comment

Previous Post Next Post