Bagaimanapun kumpulan yang mula dibentuk menerusi program realiti Produce 101 musim kedua ini, mengaku jika diberi peluang mereka mahu mencuba konsep lain
"Kami mahu tampil dengan imej yang lebih matang dan seksi, pada masa akan datang," kata Kang Daniel sambil tertawa memandang rakan-rakan lain.
Lengkap dengan 11 anggota iaitu Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon, ditemui pada sidang media bertempat di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi.
Wanna One tiba di Kuala Lumpur sejak empat hari lalu. Kedatangan mereka yang lebih awal mengejutkan ramai peminat sekaligus mengundang tanda tanya apa aktiviti di sini selain mengadakan konsert mini dan acara sesi bertemu peminat.
Dalam pada itu, MinHyun yang asalnya menganggotai kumpulan Nuest berkata, dia teruja dapat kembali semula ke sini (bersama Nuest) dan tidak sabar untuk bertemu peminat.
"Saya seorang yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini tetapi mereka semua baru pertama kali. Ketika datang ke sini dulu, saya juga menginap di hotel yang sama. Saya memang tidak sabar mahu bertemu peminat," katanya.
"Kami seronok sepanjang berada di sini, kami mencuba makanan Malaysia seperti mee goreng, dan air kelapa. Kami sempat bersiar-siar," kata Jisung pula.
"Cuma kami pelik dengan Danial kerana sebelum ini dia biasanya seorang yang aktif tetapi apabila berada di sini, dia hanya 'berkurung' (tidur) saja di dalam bilik hotel selama tiga hari ini" celah SeongWoo sambil tertatawa.
Popular dengan lagu seperti Energetic, Beautiful dan Pick Me, Wanna One buat pertama kali bakal mengadakan konsert mini dan acara bertemu peminat Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Stadium Negara, jam 8 malam ini.
Sumber Wanna One Mahu Jadi lebih Seksi