Warga emas ulang-alik 100km jual ikan masin

Warga emas Md Zin Ahmad menjual hampir 100 bungkus ikan gelama masin di Melaka Sentral dengan komisen 50 sen sebungkus. — Foto ihsan Facebook/Tasha AchaaWarga emas Md Zin Ahmad menjual hampir 100 bungkus ikan gelama masin di Melaka Sentral dengan komisen 50 sen sebungkus. — Foto ihsan Facebook/Tasha AchaaMELAKA, 8 Jan — Seorang warga emas berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari bagi menjual ikan masin.

Md Zin Ahmad, 63, menjual hampir 100 bungkus ikan gelama masin di Melaka Sentral dengan komisen 50 sen sebungkus, lapor Berita Harian.

Pengidap kencing manis dan darah tinggi tidak mahu membebankan empat anaknya manakala isteri Fatimah Md Said, 73, terlantar akibat sakit tua.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan disitu lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya.

Md Zin berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi balik termasuk makan minum sehingga jam 9 malam.

Memperoleh ikan masin dari Parit Jawa, Muar, Md Zin bergerak satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua bungkusan terjual. 



Sumber Warga emas ulang-alik 100km jual ikan masin

Post a Comment

Previous Post Next Post