Banglo Milik Sharifah Aini Akan Dilelong RM8juta?

Menerusi laporan Harian Metro, seorang individu mengesahkan sebuah kediaman yang merupakan milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya akan dijual.

"Ya... betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual,” kata individu tersebut berhubung iklan kediaman itu dijual.

Menurutnya, rumah itu mahu dijual oleh anak Allahyarham Aliff Omar Ali berikutan begitu besar buat mereka sekeluarga.

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.

Laporan menyebut, rumah berkenaan masih dihuni dan tiada sebarang papan tanda atau kain rentang yang tertulis untuk dijual.

Cubaan bertemu Aliff gagal kerana menurut individu berkenaan, dia hanya akan memberi kerjasama kepada mereka yang ingin berurusan mengenai rumah berkenaan.

"Maaf ya, kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat, tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama,” katanya.

Terdahulu, banglo mewah di Petaling Jaya itu diiklankan mahu dijual pada harga RM8 juta di laman sosial Facebook.

Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo berkenaan adalah kepunyaan seorang penyanyi popular.

Dalam pada itu, bekas suami Allahyarham Ali Bakar berkata, dia tidak tahu menahu mengenai penjualan banglo terbabit.

"Saya sudah lama tidak ada hubungan dengan arwah, rasanya tidak manis jika saya terlalu banyak memberi komen.

"Lagipun soal penjualan rumah (banglo) ini adalah perkara yang peribadi," katanya.

Katanya, Aliff juga tidak ada bercakap mengenai penjualan banglo itu, dan dia tidak mahu mengulas lanjut.



Sumber Banglo Milik Sharifah Aini Akan Dilelong RM8juta?

Post a Comment

Previous Post Next Post