Bom lama akan dimusnahkan hari ini

SERI ISKANDAR: Polis akan memusnahkan sebutir bom lama seberat 45 kilogram (kg) yang ditemui di kebun sawit di belakang Bandar Universiti di sini, petang Khamis.

Bom itu ditemui orang awam pada jam 5.30 petang, sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Dipercayai bom lama seberat itu digunakan ketika perang dunia kedua.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata bom itu akan dimusnahkan di lokasinya ditemui sebelum solat Jumaat hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai terutama di kawasan berhampiran diminta mengambil maklum kerana mungkin kesan gegaran akan dirasai dalam radius satu kilometer.

"Kerja pemusnahan akan dijalankan Unit Pemusnah Bom (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak dan Bukit Aman," katanya menerusi satu kenyataan.



Sumber Bom lama akan dimusnahkan hari ini

Post a Comment

Previous Post Next Post